Langkau ke kandungan utama

Innalillahiwainalillahirajiun..Al-Fatihah

Allahuakbar..Innalillahiwainalillahirajiun

Ya Allah.. tiada kesedihan melainkan kehilangan insan tersayang dalam keluarga..
Sekali lagi tahun ini Allah menguji keluarga kami dan keluarga  kakakku Kak Ha..Ya Allah...Sesungguhnya Mati itu Pasti..

Tahun lps pada 3 Syawal Allah telah menjemput anak buahku iaitu anak kakakku Kak Ha dan 9 Syawal Allah telah menjemput pula ayahku ke tempat Abadi..sesungguhnya saat dan ketika itu hanya Allah sahaja Maha Mengetahui betapa peritnya dan sedihnya kehilangan orang yang tersayang dalam tempoh seminggu.. tahun ni pula pada 3 Ramadhan Allah telah menjemput pula suami Kak Ha iaitu abg iparku....Ya Allah Ya Tuhanku..Kau berikanlah kekuatan dan ketabahan pada kakakku dan anak-anak buahku..berat sungguh dugaan buat mereka menghadapi kehilangan orang tersayang pada ketika ini..Ramadhan dan Syawal kami..

Kesedihan yang silih berganti...Innalillahiwainalillahirajiun..Al-Fatihah





Ulasan